Friday, May 31, 2013

mama work dpt GAJI... raisha work mama bg HADIAH...






dah bejaman gambo nie kat draft... sebulan ada kot.. 
tak sempat nak publish..
mama saja belikan dia nie.. tablet..
kecian dekat tmpat kerja mama dia bosan..
mama beli yg murah2 je..
itu je yg mama mampu...
nak beli ipad tak mampu plak... !
sekurang2nya tak lah dia bosan kan..
itu pun tak selalu dia ngadap.. sbb cepat bosan ngan game..
hahaha.. (tak tahu main pun iya kot)
bukan minat sgt dia nie dgn game.. 
dia lebih minat buku dr game..

Thursday, May 30, 2013

Sebuah kehidupan-bagaimana menjalani hidup (Renungan)



sekadar renungan bersama !
untuk peringatan diri sendiri !

Tuesday, May 28, 2013

:: Kafir = Kufur = Ingkar. ::

:: Kafir = Kufur = Ingkar. ::
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi maha Mengasihani ♥

Sedikit pencerahan dan perkongsian.

Kafir dan Jahil adalah perkataan yang takut untuk saya gunakan. Dalam surah Al-Fatihah, Allah mengingatkan kita..

" hanya Allah sahaja yang 'raja' dalam menghakimi dihari pembalasan."

"Jahil' yang sebenar hanya layak dinilai oleh Allah. Penilaian manusia selalunya tidak tepat atas sebab keterbatasan ilmu dari Allah.

Sesetengah atau kebanyakan dari kita pasti dan semestinya akan marah, bengang dan tersinggung sekiranya mereka di labelkan sebagai 'KAFIR'. Tapi sedarkan kalian bahawa kafir itu adalah dari kalangan kita?

Apa maksud kafir? Kafir itu dari huruf Kaf, Fa dan ra,
Kafir = kufur = INGKAR.
Rujuk bahasa arab dan terjemahan (cth : 2:6, 2:152, 2;89, 5:17,4:140.. dan banyak lagi)

Maksud kafir = orang yang tidak beriman. Sesiapa yang tidak beriman, maka dia lah kafir. Beriman = orang yang percayakan Allah swt. Orang yang percayakan Allah swt = bersolat, berpuasa, berzakat, cegah mungkar, laksanakan kebaikan. :)

Siapakah orang yang ingkar? orang yang ingkar ialah orang yang tahu, tapi tidak melaksanakannya. Ada peraturan, tapi melanggarnya. Mereka ini golongan yang ingkar..

Jika kafir merujuk kepada mereka yang belum Islam, bagaimana pula yang sudah mengenali dan kembali pada Islam. Atau mereka yang dilahirkan sebagai islam tetapi perbuatan dan niat tidak menjurus kepada nilai sebenar Islam itu sendiri?

Merujuk al-Quran; makhluk yang terawal diisytihar sebagai kafir oleh Allah ialah Iblis. Jadi untuk mengetahui apa maksud kafir (secara asasnya) eloklah kita merujuk bagaimana Iblis menjadi kafir. Allah menyuruh Jin dan Malaikat tunduk kepada Adam. Semuanya patuh kecuali Iblis. Allah kata: Watakbara; waka naminalkafirin. Jadi kafir bukannya panggilan orang yang tidak mengenal Allah; kerana Iblis amat mengenal Allah; malah Iblis tidak menolak ketuhanan Allahpun (Hingga sekarang Dia tidak menyembah selain Allah). Iblis menjadi kafir kerana ia (takbur) dan tidak patuh. Al-Quran ada menyebutkan mereka (Yahudi, Nasrani dan Sabiin) yang beriman dan beramal soleh akan ditempatkan di syurga. Namun tidak terdapat sebarang petunjuk (jelas atau isyarat) dalam al-Quran yang orang kafir (juga orang syirik yang dosanya tidak diampunkan) boleh masuk syurga.

Jadi; jelas orang kafir ialah orang yang kenal siapa Tuhan; tetapi sengaja tidak mematuhi perintahNya (atau sengaja melanggar laranganNya). Janganlah menjadi kafir lalu menyangka (dengan megahnya) bahawa Hindu, Buddha dan Kristian tu yang kafir. Andainya mereka memang tidak tahu apa-apa tentang kebenaran beragama (kerana atas nama budaya mewarisinya daripada nenek moyang) berbanding kita yang mengaku Islam ini; siapa yang lebih kafir?

Elok rasanya kita tanya diri sendiri. Adakah kita ini tergolong orang yang sudah tau tetapi ingkar atau mereka yang jahil. Ataupun yang munafik iaitu ikut tetapi kerana terpaksa dengan erti kata lain pura-pura.

Bagaimana pula seorang mengaku Islam ingkar kepada Allah seperti tidak melaksanakan perintahnya dengan sengaja? So, siapa kita? kita hamba Allah. Hamba Allah yang bagaimana? Renung-renungkan dan muhasabah bersama..

Tapi jangan terlalu mudah mengkafirkan orang lain.

49:11-""Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Renungan untuk diri sendiri dan sahabat. Lebihnya dari Ilmu Allah, Kurangnya dari saya yang lemah lagi kekurangan ilmu. Hanya sekadar perkongsian :)

sumber :

Monday, May 27, 2013

Setia Itu Menyakitkan - Angkasa (OST TEDUHAN KASIH)





Setia Itu Menyakitkan - Angkasa

Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti menyakiti hati

[*]
Jangan pernah setia
Bila harus berujung menyakitkan
Sia-sia setia
Bila harus slalu terluka

[**]
Mungkin karena setia
Cinta takkan pernah akan bahagia
Tapi karena mendua
Cinta ‘kan berakhir bahagia

Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

Back to [*][**]

Jangan pernah setia
Jangan pernah setia
Bila harus bila harus
Menyakitkan

Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

# untung iffa kan... Ehsan tu caring sgt.. walo latar belakang dia sebelum nie tak bape nak baik.. tp sesaat hatinya boleh berubah dgn melihat pengorbanan iffa melahirkan anak.. Allah itu adil.. dulu iffa menderita.. and last IN SHA ALLAH kebahagian milik dia.. walo cume drama.. tp realiti pun tak mustahil ada citer sebegini... menjadi sumber inspirasi untuk aku terus tabah hadapi ujian ALLAH ini.. #

Sunday, May 26, 2013

Doa Hari Lahir 27 Tahun !






Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbil-Alamin.


Saturday, May 25, 2013

RozMe & PizzA - 17 MEI 2013 JUMAAT - NikaH tiMe

Majlis sekitar lepas solat ASAR.. 

sedia maklum.. myb ada yg tak tahu.. dia adalah abang kandung aku.. 

hari JUMAAT aku still kerja lagi.. sbb nak mintak cuti hari ISNIN.. tp kul 1.00 pm aku dah mintak keluar.. and selalunya kalau hari JUMAAT memang balik awal.. dlm kul 1.30 ker.. kadang-kadang kalau tak de kije.. pukul 12.30 dah balik dah.. haha... suka-suka hati je nk balik pukul berapa.. janji kerja beres.. !

balik tue aku terus je kemas-kemas mane yang patut.. malm tue dah kemas jugak sikit-sikit.. dlm kul 3.00 pm kitorang gerak lah balik keratong.. abang aku yg hantar.. pada mulanya si pengantin yg nak amik.. tp mcm kecian plak.. yelah.. darah manis lah katakan... aku mintak abg and kakak aku lah yg hantar.. diorang pun boleh hantar p nikah sekali kan.. 

jom layan gambo mane yg ada..
tak dapt amik byk gambo masa nie.. sbb camera lupa nak cas..!
hahaha.. almaklumlah.. dah beranak pinak.. dah tua dah nok..
semua pun lupa..























ok... sekian.. !


tetibe TEWAS !

salam 1 malaysia eberibadi...

yuhuuuu... lame betul tak keudara... lame betul tak hapdate belog.. apetah lagi nk belogwalking.. nak kemas kini pun mcm tak sempat.. draft gambar punyalah byk.. byk benda nak cerita.. tp bila penyakit EEMM tue datang tak leh nak buat ape da.. ditambah pula tak de modal nak buat ayat.. sbb difikiran nie tgh bercelaru.. lagipun bulan nie mcm agak kebizian.. nak rehatkan badan pun tak sempat.. calendar penuh xtvt.. xtvt ape pun aku tak tahulah... tp conteng sana sini kelendar tue.. hahaha..

ekceli abang aku baru je kawin last week.. tue yg mcm agak kebizian.. bizi lah sgt.. bukan ko tolong pun kan.. balik umah mak dah siap semua.. pastu balik muo pun antara paling awal.. bukannya ko yg sental periuk belanga.. bukannya ko yg kupas-kupas bawang.. hahaha... datang makan dan datang menyibuk pastu anak-anak ko tue buat kepoh rumah nenek dia.. sikit-sikit nangis.. tak lain tak bukan.. ALISHA AQEELA lah.. sapa lagi.. budak BIJAK tue..

nak up entry pasal wedding tue pun tak nyempat.. gambo tak resize tak edit tak pilih lagi.. argh... tak sempat.. masa tue sgt menyemburui aku lah nampaknya... nak letak bontot pun tak sempat... baru nak ngadap laptop je si kecik tue dah sibuk dok atas riba..  mama nak riba laptop.. bukan nak riba dia.. nak update kat opice pun tgh banyak kije.. biasalah hujung-hujung bulan nie.. kira gaji... plak tue sejak-sejak nie byk dpt tender... so, kena lah prepair pe yg patut... syukur Alhamdulilah.. semoga bos saya senantiasa dimurahkn rezki.. rezki bos rezki kami jugak..



ape motip gambar nie? hehe.. curik dr FB adik tiri.. 1st time jumpe adik beradik bekas bini muda abah aku... segak bergaya tak myABAH berkaca mata hitam.. hehehe... jgn pandang sebelah mata abah aku.. dan jgn ingt abah aku nie duduk felda tak tahu pape.. silap orang lah yg pernah menipu abah aku ni ha.. fikir-fikir.. sekali menipu terus terusan akan menipu kan.. phuiih lah CIDB sgt kat PUCHONG.. PUCHONG kat mane? dengan selambar menjawab kat CHERAS.. erk.. kena tengok peta lah..  tak payah jauh-jauh CIBD tue.. kat johor pun ada.. ish.. menipu lagi.. ingt aku nie BODOH sgt..  eh.. tetibe hot plak nie.. dah basi lah citer benda nie.. jgn dikenang lagi... ok lupakan.. adik tiri aku tue yg sebelah pegantin perempuan.. yg pegang aqeela tue... ntah mcm mane budak kecik sorang tue boleh sesat ke situ.. yang pegang bby tue mak mertua dia.. kiranya besan abah lah.. yg kecik depan pengantin tue anak dia (anak besan abah)


tak delah sebenarnya nak cerita nie.... back to tittle ya.. 19 MAY 2013.. sedang aku duduk disofa melayan kerenah AQEELA yg tak reti diam.. dan asyik meragam saja tue.. orang sibuk layan tetamu aku sibuk kepit anak je.. hehehe.. besan abah (yang pegang baby) datang menghampiri aku.. saja borak-borak kosong.. tanya pasal aqeela.. myb dr hari JUMAAT dia nak tegurkan.. cume tak sempat je..  dan tetibe satu soklan terkeluar dr mulut dia..  dan aku terdiam membisu tak tahu nak jawab ape...

"mana ayah dia?"

lama aku fikir dan lame jugak untuk mengeluarkan perkataan "tak da"
(mungkin aku belum cukup redha.. belum cukup terima Qada n Qadar.. harus dipertingkatkan lagi redha dan tawakal aku pada Allah.. myb jugak tak de sapa selama nie tanya soklan cm tue.. hehehe..)

"tak da? tak da tu kemana?"

aku diam lagi.. sebenarnya aku masih bertahan air mata.. dr mula dia tanya aku dah cover-cover.. dan sedaya upaya aku tahan.. 

"cerai"

setitik air mata aku dah keluar.. tp dpt bertahan lagi..

"cerai? ape puncanya? orang ke tiga ke?"
walhaulam.. gaduh kecik je.. sama-sama silap.. tup-tup baru 2 minggu cerai orang perempuan dah jawab phone dia..dan dengar citer nk kawin dah...

tetiba hujan lebat sekali.. tewas juga akhirnya.. ditambah pula mak cik tue peluk aku.. berbisik pada aku.. masyAllah.. mak mintak maap.. mak tak tahu.. redha ya.. mungkin jodoh tak panjang..Allah nak beri yg terbaik.. setiap ujian ada hikmahnya.. harap ditabahkn hati.. disabarkan hati.. redha.. terima Qada n Qadar Allah... terima ketentuan Allah.. percaya pada Allah.. dia pun nangis jugak...  makin sebak lah aku ni ha.. dah tak fikir keliling yg ramai orang tue.. aku dah cube bertahan. makin lebat hujannya.. lap lap air mata n hingus still deras meleleh..  myb lame dah orang tak tanya aku pasal benda nie.. dan myb aku anggap dia macam mak-mak yg amik berat pasal anak-anak kan.. kata-kata dia merupakan kata-kata yg membina semangat aku.. iya mungkin jugak dah lame aku tak nangis dibahu orang.. nak balik pun dia carik aku... bg kata nasihat dan semangat... 

terima kasih makcik beri semangat.... sedang orang sibuk bergembira.. dan pada asalnya aku pun mcm dah lupakan kisah silam aku ni ha.. aku bizikan diri.. cumanya.. bila kita kena bersabar dengan kerenah anak-anak yg masih kecil nie.. perlu dibesarkan dan byk ragamnya.. kadang-kadang emosi kita senang tewas.. iya.. masa wedding abg aku tue.. mcm biasalah AQEELA meragam bila tak serasi dgn tempat baru.. sedang aku bertahan sabar dr hari JUMAAT.. Alhamdulilah aku masih mampu bertahan... dibantu juga sanak saudara tolong pegang AQEELA bila aku nak mandi, makan, dan solat.. tetapi semua dlm keadaan yg huru hara.. kelam kabut..  sampai naik lenguh tangan aku nie ha.. kepit anak je.. baru nie hilang lenguh sakit-sakit.. tetiba hari AHAD ditanya soklan cenggitu aku jadi tewas jugak akhirnya..

takpelah ayu.. bukan dibahu orang tmpat kita bergantung.. tapi disetiap sujud kita, disetiap doa kita.. nangislah sepuas-puasnya.. mengadu pada yg maha ESA.. mudah-mudahan hati semakin tenang..


semoga aku senantiasa dipinjamkan kekuatan oleh Allah..

Monday, May 13, 2013

Aqeela nampak mcm dah CHUBBY sikit tang PIPI


Aqeela semenjak duduk nursery nie dia nampak mcm dah chubby sikit tang pipi tue...
lau idak dulu cengkung aje..
baru sebulan tinggal g work..
hehehe..

Alhamdulilah skang mmg dia dah pandai makan.. myb sbb tak nenen.. lapo agaknya..
tue yg ape BS bg makan dia sumbat je masuk mulut..

 tp kalau kat rumah.. manja bukan main..
asyik nk berkepit je dgn nenen eh.. 
bg makn punya lah susah..

jom layan gambo dia..


macam boy plak pakai baju belang-belang nie..




sekarang dia dah nk menapak jugak sikit-sikit.. cuma tak sempat nk amik gmbo dah jatuh..
hehehe...


nampak ketembamannya..



tp gmbo ni cm kurus plak..
tp bila dukung tue dah rasa cm lenguh2 lah kalau lelama.. hehehe..





terima kasih ustazah2 jaga Aqeela dgn baik..
ini saja nursery yg available.. 
nak tak nak kena hantar jugak ke sini..

#Aqeela kat sini pemes.. ramai yg minat.. macam retis..
bila dtg je.. semua tegur.. semua budak2 yg sekolah tue panggil-panggil..
Aqeela ! Aqeela ! Aqeela..
bila balik pun mcm tue jugak..



alahai.. susah nya nk amik gmbo dgn si kakak nie...
pemalu lah konon tue..
hehehe..

oklah.. kurus ke montel ke tak penting
yg lebih penting
 janji diberi kesihatan yg baik..
In Shaa Allah.. amin..

bila anak dah pandai request makan AYAM !


dekat opis tanya raisha..
raisha nak makan ape? roti? ayam? bubur? 
dia jawab.. "AYAM"

hah ko.. mujur marrybrown ngan kFc dekat je..
so, mama pergi lah beli kejap kan.. 
memandangkn kfc tue kena lintas jalan.. so mama pergi je kt marrybrown.. 
senang.. tak payah lintas jalan..


suruh main playground tak mahu... 






padahal kejap je pun.. sibuk ajak mama main buai kat situ..



bukan buai pun.. tp seat kat situ ala-ala kt buai.. biasalah.. mane2 marrybrown pun ada kan...


tapau je makan kat opice..
lau makn kat situ mahu berjam..


makan sambil berangan tue..
bukan perasan mama amik gmbo dia..
sedap sgt ke makn ayam?..


amboi kaki..
senang lenang nampak..



maaf kualiti gambar yg tak memuaskan..
pakai henpon murah je..
hehehe