Wednesday, April 30, 2014

Cucur Bakwan

Resepi cucur Bakwan





Bahan-bahan:

tepung gandum
bawang merah besar - dihiris halus
Sayur kobis - dihiris halus
Karot - dihiris halus dan panjang-panjang
Daun kucai - dipotong-potong
telur
lada sulah / lada hitam
sedikit serbuk penaik
udang basah / udang kering
Garam
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Cara-cara:

Campurkan tepung, garam dan baking powder di gaul rata.
Setelah itu masukkan air dan telur.  Kacau lagi hingga rata.
Masukkan bahan yang dihiris dan udang.
Panaskan minyak dan boleh lah digoreng hingga kekuningan.


Monday, April 28, 2014

Petua Melegakan Baby Selsema

mcmana nak buat jika baby selsema?
















Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.

Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas.Saya kurang pasti sebab tak pernah pula keadaan menjadi seperti begitu. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh di amalkan selalu.

Jadi hari ini saya siarkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. Cubalah mana tau ada yang serasi dengan bayi anda :

1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Credit Ida Shahida

Friday, April 25, 2014

Petua Baby Sakit Gusi Tumbuh Gigi

PETUA BABY SAKIT GUSI NK TUMBUH GIGI




Apa yang bermain di fikiran anda semua jika anak-anak kita yang masih kecil mengunyah tangannya sepanjang hari dengan air liur yang banyak? Adakah perbuatan itu menyakitkan si kecil? Ha, itu tandanya si kecil kita akan bermula untuk tumbuh gigi. Ia adalah perkembangan yang sangat penting yang wajar kita sebagai ibu bapa memberi perhatian sepenuhnya pada mereka yang belum faham apa sebenarnya yang terjadi pada mereka!

Menurut sumber, tidak ada bukti saintifik bahawa tumbuh gigi adalah menyakitkan.

Simptom dan Gejala Tumbuh Gigi yang Perlu Diberi Perhatian:

Gusi merah dan bengkak
Pipi dan muka menjadi merah
Kerap menggosok telinga di sebelah yang sama dimana gigi akan tumbuh
Air Liur Meleleh dengan banyak
Sakit gusi ketika tidur
Makan tidak Konsisten
Menggigit dan Menghisap apa sahaja
Mudah merajuk dan kecil hati kerana kurang selesa

Hampir semua simptom-simpton diatas memang terjadi pada bayi anda . Terdapat sesetengah ibu bapa yang melaporkan anak-anak mereka akan mengalami demam atau suhu yang tinggi dan cirit-birit sejurus sebelum gigi muncul.

Selalunya anak-anak akan mengadu kesakitan atau menangis berlarutan apabila tumbuh gigi. Hal ini berlaku kerana ia adalah proses yang menyebabkan kerengsaan, sakit dan bengkak pada gusinya. Hal ini mungkin menjadi sebab kenapa bayi menolak untuk menyusu susu ibu dan botol apabila mereka tumbuh gigi.

Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:

Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya

Diharap tips dan info ini memberi manfaat kepada ibubapa yang ingin membantu anak-anak mengatasi rasa sakit apabila tumbuh gigi

Credit Ida Shahida

Wednesday, April 23, 2014

Petua Menanam Uri Anak

PETUA MENANAM URI ANAK



        Sumber - Google


Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan mengenai cara pengurusan uri. Ada di antara mereka yang hanya meninggalkan uri anak mereka di hospital. Mempelajari cara menanam uri adalah sangat penting bagi ibu bapa khasnya ayah.

MENANAM URI ANAK

• Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
• Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
• Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
• Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


Credit : Ida Shahidah

Tuesday, April 22, 2014

Monday, April 21, 2014

Petua Mengurangkan Demam Kuning Baby (Jaundice)

Petua Mengurangkan Demam Kuning Baby (Jaundice)




Demam kuning mmg kebanyakan bayi yang baru lahir akan mengalaminya. Cuma serius atau tidak keadaan mereka perlu dipantau selalu oleh ibubapa. Saya memperolehi petua ini semasa meng'google', mencari ilmu apa saja yg sy rasa berguna. Kat sini sy copy petua2 tersebut utk rujukan sesiapa yg mencari dan rujukan sy juga di masa akan dtg...

Petua 1:  petua menambah susu, dan khasiat susu ibu

Berikan susu ibu sebanyak mungkin. Susukan baby 2 jam sekali. Memang kena kejutkan dia untuk menyusu. Khasiat susu ibu sebenarnya mampu mempercepatkan jaundice sembuh dengan cepat. Pemakanan ibu sewaktu menyusukan bayi adalah penting agar susu yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk kedua-dua ibu dan anak.

Petua 2:

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )

Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.

Petua 3:

Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

Petua 4:

Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

Petua 5:

Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Credit :  Ida Shahida

Thursday, April 17, 2014

ALISHA AQEELA SCHOOL


Selamat Pagi Jumaat Semua

ok.. meh layan gambo AQEELA... Asyik gambo ADLINA je kan....



















Sunday, April 13, 2014

SHUKRI - PLKN SEMBRONG

yuewhew..

bila melawat ank buah kt pkn teringt jaman dolu-dolu kala...
1st batch
1st intake

KEM ASAHAN MELAKA

sekarang mane-mane KEM PLKN sgt lah bertuah sbb tmpt yg selesa.. 
tak mcm dolu-dolu
tido kat khemah
katil lipat-lipat
air jap ade jap tak de..
dalam hutan
tanah belum tar lagi.. 
berhabuk
berdebu

sgt sgt jauh beza dengan keadaan sekarang