Wednesday, November 26, 2014

Wahai Suami Suami Sekalian Sekadar Luahan..


Nampak caption nie terus jadi 
sebak... 
sentap...
jujur aku cakap ni.. aku mmg pantang dengar bab bab macam nie.. mmg aku jadi geram ngan para suami suami yang aniaya isteri nie.. 

Ya Allah.. jauhkan laa aku dengan insan insan yang begini...


ok la... nak khabar nie.. aku taip entry nie just santai santai... tak de nak damm sape sape atau tuju ke siapa siapa sekali pun.. just amik ihktibar dengan pengalaman sendiri dan kenalan sekeliling aku.. tak yah jauh jauh.. keluarga sendiri dan diri sendiri pun da alami benda yg sama nie..

Cakap pasal impian dalam perkahwinan… siapa yang tak nk bahagia.. siapa yang tak nak kekal sampai jannah… siapa yang tak nak sehidup semati sampai tua.. bgtahu aku….! Siapa yang tak nak… tp jodoh ajal maut rezeki itu semua ditangan Allah.. siapa kita yang nk menidakkan ketentuan Allah… Siapa kita yang boleh halang takdir Allah.. Siapa kita… ? kita tak punya ape2 kuasa pun nk tolak itu semua.. yang Allah nk kita redha atas segalaNya… 

Masa nak kawin dulu.. aku tak pernah pun terpikir benda buruk nie akan terjadi… langsung aku tk pikir.. yang aku fikir mati jelah yang boleh pisahkan kami.. yang aku mahu bahagia dunia akhirat bersama satu satu nya insan yang paling aku sayang dunia akhirat.. yang aku nak same lalui besarkan anak2..   waktu tu aku mmg tak de orang lain melainkan dia.. dialah satu satu nye yang paham aku.. paham ape aku nak.. paham dgn degil aku.. dialah racun dialah madu.. dialah tmpt bermanja.. dialah segalanye bg aku.. dan aku tak pernah pun terpikir akan jatuh cinta dengan orang lain.. sumpah.. demi Allah.. seburuk buruk dan sebaik baik dia… aku tak pernah sayang orang lain lebih dari aku sayang dia... walo dalam waktu bercinta tu ade je kawan opice usha… tp yelah aku sayang sgt kat dia...berjauhan sekajp pun air mata dok meleleh jerk... namun.. perkahwinan mane yang tk akan ade pasang surut kan… akhirnya kami berpisah…jodoh kami takat situ.. seminggu sebelum ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3… dan mempunyai 2 orang anak... aku sedih sbb aku da planning nk surprise kek yang aku nk order dr akk blakang rumah… aku teringin nk makn kek Red Velvet time tue.. aku dah kumpul duit da… tinggal nk ketuk pintu je nak order… tp tk de rezeki.. 

Betapa aku sayang dia selama 8 tahun mmg susah aku nk lupakan dia.. sbb tulah sampai skang aku susah nk terima sape sape dlm hidup aku.. aku takut.. takut sgt benda nie berulang.. dan aku paling takut aku kecewakan orang sbb aku selalu pakse pakse hati aku untuk sayang orang lain.. ramai sgt aku hampakan perasaan orang… aku mintak maaf… cinta dan sayang nie tak boleh pakse… dan aku belum sedia sepenuhnya.. mungkin kita tak berjodoh… betul orang cakap.. bercinta lepas nikah itu lebih bahagia… tp aku takut sebaliknya… sbb aku ni jenis yang degil sikit.. kalo dapat suami yang sabar InshAllah la kan.. tp kawan kawan aku selalu pesan.. ayuk.. carilah yang sayang kita lebih.. carilah yang sayang kita sangat sangat… iye.. aku da test 2 3 orang.. ade yang leh je sabar ngan pangai aku nie.. tp yelah.. cumenya aku je mlas nak istiharah lagi.. sbb aku belum betul betul bersedia.. 

rentak hidup aku nie aku ibaratkan mcm sehelai kertas yang aku biarkan dihalaman… kalo angin tu bawa aku berteduh di bawah pohon… Alhamdulilah… dan kalo angin bawa aku ke laut yang bergelora.. aku redha… redha je siapa yang jadi suami aku nati… dan sebenarnya bukan mudah kita nk pilih yang boleh jadi imam untuk anak anak kita… bukan mudah nak cari yang sayang ank anak kita mcm anak anak dia jugak…




DULU

ciap berangan ngan papa anto ank ke Universiti same same.. 
tinggal la kita berdua kt rumah lalui hari hari tua..
pastu ciap berangan nati klo soping, papa kena extra $$$ sebab kena beli 3 buah handbeg kalo ank anak da anak dara nanti...
papa kena spend time lebih time soping... silap silap papa duduk je kt rumah kami 3 beranak p soping... yela.. mmg betul la skang ni.. 3 beranak forever la kami skang... 

hancur segala impian disebabkan perangai bodoh kau tue..



ok bai... 

Monday, November 24, 2014

Cekalkan la Hati duhai Sahabat

Assalamualaikum...

Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain.

Tak tahu nk mulakan dari mana.. sedih.. sebak.. pilu.. ape yang sedia maklum.. Haroon Ahmad suami kepada kawan baik saya Yuszila Yunos telah kembali menghadap Ilahi.. disebabkan infection kuman pada jantung  22 November 2014.. setahun lebih yang lepas kau kongsi hari bahagia kau bersama arwah di hari lahir aku... 26 Mei 2013.. seronok aku nengok kau bahagia atas pelamin.. tapi kenapa jugak kita harus kongsi hari duka aku 2 tahun lepas di tarikh yang sama 22 November..? walo situasi berbeza sikit.. tp rasa kita same.. kehilangan orang yang paling kita sayang dalam hidup kita..

Masa aku tgh down kau selalu ade beri nasihat kat aku. sekarang giliran aku pulak nak pulihkan semangat ko.. kau kena kuat demi Hani Insyirah.. dia perlukan kasih sayang ko.. bimbinglah dia jadi anak solehah agar dpt berjumpe dgn Babahnya di Sana nanti.. aku tahu kau kuat.. you're superwomen dear.. aku sayang ko and Hani.. kelu....

Aku tahu bagaimana sakitnya bila Allah ambil orang yang kita sayang... orang yg selama ini kita bergantung... teman tidur kita.. tmpat kita bermanja... tmpat kita luah kan segala rasa... teman borak kita.. teman gaduh kita.. teman suka duka.. susah senang bersama... dan yang yang paling penting adalah bapa kepada anak anak kita.. 10kg aku hilang dulu disebabkan hilangnya suami disisi... apetah lagi yang pergi dan tak akan kembali lagi.. Allah ila.. sabar banyak banyak.. kuatkan semangat mu.. orang yang tidak pernah rasa tidak akan tahu betapa peritnya... peritnya nak melupakan kenangan silam.. peritnya nak menerima Qada dan Qadar Allah ini.. peritnya nak mulakan hidup baru.. sukarnya nak jalani hidup ini... Sabar lah duhai sahabat... Allah senantiasa ada bersama kita... kita juga akan menyusul jua ke sana nanti..  

Apepun ini semua perancangan Allah... InshAllah ade hikmah yang lebih baik..

"Jangan menoleh pada kehidupan yang lalu. Fokus pada kehidupan yang mendatang. Hadapi dengan cekal."

~with Love~



Monday, November 3, 2014

Para Suami.... ! Sila Baca...... !

Suami perlu baca sampai tamat ...

Ada yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah kalau saya kata Tak

* * * * * * * * * * *
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.

Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.

Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.

Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.

Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.

Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.

Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..

Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..

"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"

Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.

"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.

Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..

Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.

Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."

Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.

Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..

Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.

"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.

Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.

"Jom, kita cari pampers new born baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.

Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..

"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.

** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.

Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.

kisah benar dari Karyawan Bisu

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Allah... sedih baca nie... Situasi begini mmg selalu sgt la terjadi kepada pasangan Suami dan Isteri.. Aku sendiri da pernah rasa dulu.. Setiap Pasangan sgt tipu laa kalo mereka ckp tidak pernah ade selisih faham.. pasti ada... walo sekelumit... pucuk pangkalnye.. bagaimana si suami atasi masalah itu.. sbb itulah SABAR itu penting ketika isteri hilang akal.. sekian...