Monday, May 19, 2014

Tips Penjagaan Selepas Keguguran

Penjagaan Selepas Keguguran

Merawat keguguran kandungan anda

Keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Ini kerana keguguran boleh menyebabkan masalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mana boleh menyebabkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ibu akan mudah mengalami alahan kepada makanan dan persekitaran.

Ibu juga akan mengalami bisa keguguran yang mana ibu akan berasa sakit yang tajam dibahagian ari- ari, pinggang dan sendi selepas keguguran. Keadaan sakit ini akan berlarutan sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah ibu kembali sembuh.

Penjagaan yang rapi selepas keguguran perlu diambil kira ini kerana akan menyebabkan angin meroyan yang perpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin akan meresapi ke seluruh sistem tubuh. Ibu akan mengalami demam panas sehingga terkacing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ini kerana ibu pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam setiap rawatan dan permakanan. Manakala untuk ibu keguguran pula mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau pun sejuk dari segi perubatan mahu pun permakanan. Oleh sebab ini lah bukan mudah untuk menjaga ibu- ibu yang keguguran, terutama bagi yang tidak berpengalaman dalam hal perawatan ibu tersebut.

1. Macam saya keguguran..adakah saya perlu berpantang..?? kalau ade berapa pula tempoh masa berpantang..??

Walaupun keguguran, seeloknya berpantang mcm orang bersalin juga sebab bahagian rahim tetap luka sama macam orang bersalin. Tempoh berpantang paling kurang 20 hari – mengikut amalan masyarakat Melayu.

2. Jika keguguran adakah perlu menjaga pemakanan..?? jika ade boleh beri 1 contoh pemakanan yg berkhasiat..??

Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun.

3. Selepas keguguran dalam masa 2 ari boleh ke kalo kite berkerja..??

Bagi mereka yang bekerja swasta, biasanya cuti bagi keguguran ialah 2 minggu. Tapi utk kerja-kerja rumah, elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

4. Boleh kah akak bagi saya tip2 @ cara2 penjagaan semasa keguguran..??

Tips dan cara penjagaan keguguran – sama macam penjagaan bersalin sebenarnya. Seeloknya pakai stokin dan mandi air suam. Juga,  boleh mengambil ubat / jamu seperti kacip fatimah bagi membantu pengecutan rahim dan agar rahim sembuh dan menjadi kuat

Petua orang tua-tua cakap keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. 

1.Kaki berstokin, ikat rambut tinggi-tinggi. pakai kain batik. huhuhuhu

2.Makan pon bukan sebarangan makan. ikan tertentu je boleh makan. tu pon kukus grill panggang. hehehe

3.Baju sejuk pakai setiap masa. panas wooo~~

4.Kena elakkan memakan makanan sejuk seperti ais, labu, kangkung, kacang panjang, timun, rebung, pucuk paku, pucuk ubi, buah buahan sejuk seperti ciku, langsat, betik, jambu, nangka, tembikai..

5.Jangan angkat benda berat

6.Amalkan makan jamu untuk panaskan badan sambil tu kecutkan rahim .makan lah apa apa jamu yg ada dimasukkan buah majakani

7. Digalakkan minuman yang panas2 seperti air suam (banyakkan), milo kosong (menambah tenaga)..

8. Buka surah-surah pendinding. ayat kursi, bacaan yasin.

9. Kena makan lada hitam, halia, kunyit.

10.Tempoh berpantang keguguran biasanya 2 minggu hingga sebulan.

No comments :

Post a Comment

salam 1 Malaysia ! sila tinggalkan comment yg positif dan tidak menyinggung perasaan saya ! Maaf jika ada kalanya saya tak dapat nak reply tapi saya akan sedaya upaya berkunjung blog anda ! Hepi Blogwalking Fren !