Friday, June 13, 2014

ALISHA AQEELA Turns 2



Ya Allah, 
Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya, akhlaknya, agamanya, sejahterakanlah jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.

Ya Allah, Kau bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa, yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.
Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin......





























































Alhamdulilah.. syukur.. aku dipinjamkan lagi harta dunia akhirat.. 
Alisha Aqeela... 13.06.2014 adalah genap 2 tahun usianya

macam biasa.. amik peluang cuti sekolah celebrate bufday..
kebetulan ramai yg balik.. so kita celebrate ramai ramai kan..

mama order cake Russian Black and White dr kak Irnita Sadikan
Sedap.. yummyh..
Cik Ajam n Cik Ina Sponsor KFC... 
and mama buat kek minyak kukus...
pepun terima kasih semua kerana memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini..
pepun bersyukur diberikan kesempatan ini kan..
Alhamdulilah..
terima kasih sekali lagi you all pinjamkan kasih sayang itu..

semoga ank anak mama ceria ceria selalu bersama insan insan yang lebih menyayangimu nak..

2 comments :

salam 1 Malaysia ! sila tinggalkan comment yg positif dan tidak menyinggung perasaan saya ! Maaf jika ada kalanya saya tak dapat nak reply tapi saya akan sedaya upaya berkunjung blog anda ! Hepi Blogwalking Fren !