Thursday, July 11, 2019

Wedding #AyuAki 10/10/2015 part 1

Salam semua. Pekabau. Haha. Bajet konon konon sehari nak pos entri satu kali. Tapi sudahnya bermingu juga. Cet podah. Hangat hangat tait kucin jer kan. Hehe

Rini nk citer pasal wedding aku. 
Aku ni janda kan. Mmg tak nak buat grand pun. Janda kawin dgn duda pulak tu. Lg ler kami buat simple miple jer. Niat asal nak buat kenduri doa selamat jer. Tp memandangkan kaum kerabat aku ni jenis satu kampung tu semua sedara mara, maka abg akak aku discus lah nak buat juga kad jemputan. Tp kami buat dlm 200 keping je. Jemput sedara mara yang dekat. 

Dalam kengkonon nak buat bajet ciput ni pun, Alhamdulilah dengan rejeki, aku sekalikan dengan buat Aqeqah si Alisha Aqeela ni yang dah beso gedabak. Aku saja jer bodek papa dia kot kot dia nak sponsor duit kambing. Nak dijadikan cerita dia setuju. Maka rezeki anak la kan. Beso wey kambing. Dekat 1k harga. Kau orang tak caya tengok lah gambo kat bawah nie






And kengkonon nak buat simple miple jer. Tapi kan aku kata sekampung sedara mara aku. Maka diorang banyak sedekah kuih muih, beras, minyak, and macam macam keperluan kenduri. Tak lupa juga sumbangan tenaga untuk masak masak. Style orang kampung sini suka berbalas balas sumbangan. Ini pun salah satu sebab, akak aku suka bagi sumbangan kat majlis orang, maka bila akak aku buat majlis, orang pulang la balik. Tapi kami memang tak sangka la semua ni. Alhamdulilah dengan rezeki ini. 

Dan orang paling bizi adalah dua orang anak aku ni ha. Hihi. Abang akak aku beli sikit je goodies goodies tu. Yang lain semua orang bagi. Murah rejeki majlis abang akak aku. Orang yang banyak sangat jasanya dalam besarkan aku. Korang doakan abang akak aku ya. Semoga murah rezeki dan sihat selalu. Aku sayang diorang mcm makayah aku dah. Ok nangis dah. 












Allah mudahkan urusan. Walo sebenarnya aku ni macam 50/50 je nak kawin. Rasa nak cancel pun ada. Kah kah. Malam kenduri pun dok melalak menangis dengan akak aku, hati ini gundah gulana. Rasa memang nak cancel tapi aku fikir semua ni, aku fikir akak abg aku, aku tak sampai hati. Berat hati aku masa ni nak kawin atas sebab sebab tertentu. Tapi yelah. Dah jodohkan. Fikir tu jelah. Ini aturan hidup aku. So kau kena folow jelah.

Oklah. Nanti kita sambung lagi. 
Gambar kawin pun tak upload lagi ni. Hihi. Adoi banyaknya 4 tahun punya cerita nie. Sok aku lanje gambar kawin wokeh. Bye. 


No comments :

Post a Comment

salam 1 Malaysia ! sila tinggalkan comment yg positif dan tidak menyinggung perasaan saya ! Maaf jika ada kalanya saya tak dapat nak reply tapi saya akan sedaya upaya berkunjung blog anda ! Hepi Blogwalking Fren !