APA ITU MAB?
MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah
ratus dan madu. kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning.
Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multipurpose dalam penjagaan
kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.
MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan
kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100%
sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh
orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang
tua(warga emas). MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi
bagi org islam
KONSEP & CARA MAB BERTINDAKBALAS
Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat
penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan
bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik.
Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian
peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MAB buat
adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis
semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya
berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada
tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period
pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut.
Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu
kerana MAB sedang merawat peranakan anda.
Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat
keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya
apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB
sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah
kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan
dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami
kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)
Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana
ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya
ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini
dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah.
Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit
tersebut.
KHASIAT INTIPATI "MAB"
KACIP FATIMAH
- dapat
mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- dapat membantu
mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- dapat
merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran
haid wanita.
- dapat
mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat
penyakit buasir
SERAPAT
- Meningkatkan
hormon estrogen
- Mengetatkan dan
menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan
daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran
peranakan
- Membina rahim
dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan
perjalanan haid
- Melegakan
senggugut dan medu
- Meningkatkan
kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan
Payudara dari dalaman tubuh
SENDUDUK
- mempunyai nilai
perubatan yang tinggi
- untuk mengubati
penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- mempunyai
khasiat mengubati batuk yang lama
INAI
- Merawat luka,
samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau
selepas pembedahan)
- untuk
menghentikan pendarahan.
- Untuk luka
bersalin dan pembedahan
- dikatakan dapat
mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak
pucat selepas bersalin
MADU
- Aktif
menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan
batuk dengan cepat
- Membersihkan,
membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat
yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan
kesakitan sendi
- Baik untuk
sistem pernafasan
- Badan dapat
menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman
dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman
wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian
rumahtangga.
- Menghilangkan
gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan
prestasi mental
- Mencantik,
menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.
MANJAKANI
- menjadi penawar
pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- dapat
mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat
membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- dapat
mengurangkan lelehan mukus
- membantu
menstabilkan hormon
- melancarkan
darah dan memberi tenaga
- begitu mujarab
untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang
terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya
juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat
mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang
tinggi.
- dapat
menghilangkan jerawat
- amalan setiap
hari dapat mengempiskan perut
HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM
- Menguatkan
sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan
daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan
bioaktivitas hormon
- Menetralkan
racun dalam tubuh,
- Mengatasi
gangguan tidur dan stress,
- Anti
histamin/anti alergi
- Memperbaiki
saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air
susu ibu
- Tambahan nutrisi
pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi
manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif
dan broncodialating
KHASIAT & KEGUNAAN MAB
Merancang Keluarga
Merawat keputihan
Awet muda
Memelihara peranakan
Membuang darah kotor melalui period
Menambah tenaga
Teraturkan period
Mencantikkan kulit/menegangkan payudara
Mengawal berat badan
Melawaskan buang air besar
Memulihkan/melambatkan monopaus
Menstabilkan hormon wanita
Melancarkan peredaran darah
Mengawal kolestrol dalam darah
Ikhtiar utk mendapatkan zuriat
LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
maksud kegunaan MULTI PURPOSE
MELAMBATKAN MONOPAUS/MENGEMBALIKAN PERIOD BAGI ORANG YANG
TELAH MONOPAUS
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan monopaus di usia
yang terlalu awal iaitu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan
oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an,
disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang
berkupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak
diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan monopaus.Keadaan
ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan
seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah
tersebut dapat di atasi dengan baik
MAB UNTUK IKHTIAR ANAK
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut
adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai
masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan
seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang
perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih
perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya
perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.
SESUAI UNTUK PEREMPUAN BERUMUR/WARGA EMAS
MAB ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai
kepada waita yang berumur 50an ke atas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya
tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiat2nya
seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan
kebas2 dan sebagainya.
KESAN / KHASIAT SELEPAS MAB BERTINDAK BALAS
1.Badan menjadi ringan, dpt bergerak aktif. Lebih bertenaga
dan mudah menyelesaikan kerja2.
2.Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan
cerah.tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.
3.Badan menjadi kurus,kesan dr singkiran lemak,angin atau
toksid brsama proses tindak bls tadi.
4.Perut menjadi kempis dan tidak mengebeh selepas singkiran
toksid.
5.Hasil dr tindak balas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan
berat badan yg ideal.Amat di galakan utk ibu2 yg bersalin anak pertama. Proses
kelangsingan lg cepat berlaku.
6.Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB
dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua. Kepada sesetengah ada yg
mengalami rasa tindak balas spt sakit/denyut2 pada payudara.
7.Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga
spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB. Malah dapat memberi
tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.
8.Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di
mlmnya. Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya
utk menyusu baby.
9.Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn
banyak. Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.
10.Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS,
malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family
planning.Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi
selepas itu.
11.Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg
telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg x mendpt pujian dr suami selepas
makan MAB. Ramai yg terpaksa tambah bajet bulanan utk membeli shampoo
lebih, malah dpt menyelamatkan rumahtangga yg hampir musnah selepas
terkena 'panahan' MAB.Siapa Yang Boleh Makan MAB? Semua golongan wanita yg
berumur 18 thn keatas.So yg umur 18 th ke atas telah berkawin atau
belum,janda/balu jg telah monopouse memang di syorkan makan MAB.Kandungan MAB
bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan
dalaman wanita
SIMPTOM AWAL/SEMENTARA TINDAK BALAS RAWATAN MAB
Buat anda yang baru mengambil MAB... berikut disenaraikan antara
tindakbalas proses rawatan MAB.. (hanya segelintir sahaja yang mengalami
simptom2 ini)
>>Period menjadi lintang pukang..
-period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari...
-ada juga kes yang period datang 4hari.. then stop 2 hari..
then datang semula..
** pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam
peranakan..dan darah tu dikeluarkan melalui period..
>>Rasa mengatuk...
-selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu
pagi..
-pada yang ambil malam... tentu tak perasan simptom ni sebab
lepas makan MAB.. memang nak tidur.. hehehe..
>>kerap kencing/buang air besar/ kentut....
**MAB tengah buat angin dan toksin la tu...
>>pening kepala
-adakalanya boleh membawa sampai demam
**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air
masak.
>>rasa berdenyut pada payu dara...
-ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak
boleh nak pakai baju dalam
**situasi begini selalunya di alami jika kita hampir
didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat
tubuh kita
** salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so
denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas
ni.. hehehe
***NAMUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI
HANYA SEMENTARA... tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan
tubuh masing-masing...
OLEH ITU... diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat
bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini...
setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap
kejayaan yang diinginkan...
INSYAALLAH...
MAB SEBAGAI FAMILY PLANNING SEMULAJADI
Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai
family planning........
1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan
temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu
invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan)
dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak
aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan
kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.
2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg
dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini
tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri.
Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.
3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya
dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih.
Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya
maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest
7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu
kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya
membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan
ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika
tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan
kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan
persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.
4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat
temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula
kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami.
Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu
sudah memadai.
ATURAN MAKAN
Dinasihatkan supaya dilakukan ujian air kencing kehamilan (urine pragnency test) untuk memastikan yang anda benar-benar tidak hamil.
- Bagi yang lepas pantang
Mula makan hari ke-44 dalam pantang. Semasa makan MAB ini segala ubatan dalam pantang hendaklah di berhentikan. Ini kerana campuran ubatan dalam pantang sudah panas dan jika di campur dengan MAB akan menyebabkan badan anda akan merasa lebih panas lagi dan akan memberi kesan kepada bayi yang anda susui. - Bagi yang merancang sendiri
Mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period - Bagi yang menggunakan pil perancang
Bagi yang ambil pil perancang (OCP) ingin bertukar ke MAB, perlu habiskan dahulu pil perancang (OCP) yang anda makan,sudah habis rehat 7 hari dan pada hari ke 8 terus makan MAB (tidak di galakan makan terus MAB tanpa rehat 7 hari)) - Bagi yang menggunakan IUD/Implanon (seeloknya buang dahulu alat tersebut):-
Kes yang tidak ada period
- dapat MAB boleh terus makan
Kes IUD yang belum expired & ada period
- mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period - Bagi yang menggunakan injection
Perlu pastikan dosenya telah expired dan ada period:-
- mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period
Kes yang tidak ada period:-
- dapat MAB boleh terus makan
- Selepas keguguran mulakan serta merta makan MAB terus.
CARA MAKAN MAB
1. Makan 1 biji sehari sahaja bersama air suam panas untuk melawaskan pembuangan angin dalaman dan mempercepatkan proses pencernaan maajun di dalam badan agar khasiat dapat meresap dengan lebih cepat ke dalam badan.
2. Makan selama 21 hari sahaja (1 botol). Apabila telah habis 21 biji rehat selama 7 hari dan sambung makan botol ke 2 pada hari ke 7. Tanpa tunggu haid datang terus makan pada hari ke 7. Begitulah seterusnya.
Cara untuk sambung botol seterus untuk mudah faham seperti dibawah:
Berhenti Ahad sambung semula Ahad
Berhenti Isnin sambung semula Isnin
Berhenti Selasa sambung semula Selasa
Berhenti Rabu sambung semula Rabu
Berhenti Khamis sambung semula Khamis
Berhenti Jumaat sambung semula Jumaat
Berhenti Sabtu sambung semula Sabtu
Contoh: sekiranya MAB habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari ahad depan.
PERINGATAN PENTING
--> Sekiranya anda terlupa makan pada malam hari, bila tiba waktu pagi ke esokan hari terus makan 1 biji sahaja dan pada waktu malam hari yang sama 1 biji pula. Tidak boleh makan 2 biji terus, bimbang akan memudaratkan kesihatan.
--> Pastikan anda makan pada waktu-waktu yang tepat dalam tempoh 24 jam. Ini kerana MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja, oleh itu berhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 jam. Jika syarat ini tidak dipatuhi ianya kurang berkesan utk di jadikan family planning.
-- > Jika sedang makan MAB didatangi period, jangan berhenti, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 7 hari sebelum sambung botol seterusnya.
--> Semasa makan MAB, di nasihatkan agar segala ubatan tradisional dan ubatan yang mengandungi SPIRULINA tidak boleh di ambil sekali. Ini kerana kandungan dari bahan-bahan tersebut akan memudaratkan kesihatan anda.
--> Minuman yang mengandungi pra campuran dan kafen yang kuat tidak boleh di ambil. Ini kerana MAB mempunyai kandungai herba yang tinggi jika di campur dengan minuman berkafen tinggi akan membuatkan anda merasa pening, loya, sakit kepala teruk, haid tidak teratur dan panas badan.
SOALAN LAZIM TENTANG MAB
Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?
Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang
berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah
tangga dan golongan tua yang telah monopouse.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila
period?
Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis
(21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis
sebotol MAB?
Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum
sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB
ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan,
sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?
Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu
menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada
hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah
penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang
darah kotor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul ke MAB boleh menguruskan badan?
Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman
wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan
penggunanya.
Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan
serta membuang lemak dan toksin dalam badan.Secara tidak langsung, tindak balas
ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami
kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan.
Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu
membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita.
Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera
makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat
badan saya akan bertambah?”
Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda
testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB(petikan dr testimonial
Jannah)
Salam,
Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg
kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa.Pengeluaran susu
badan memang takde masalah.Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang
dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri
tak sedar, orang lain yang perasan
p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun
lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai
sampai skrg.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah MAB ini mendapat kelulusan KKM?
Bukan tidak mahu mohon.Ini disebabkan beberapa sebab iaitu :
* 1.Jika pohon perlu ada kilang -
* 2.modal besar utk pembinaan kilang
* 3.melibatkan kos besar utk pekerja,bangunan dll
* 4.jaminan kualiti/pembersihan mab akan krng
* 5.Harga pati berganda-ganda tingi
* 6.Resepi akan di pattern oleh pihak lain( nnt hilang
resepi turun temurun)
* 7. improvement dah di buat drpd gentel secara manual dah
di buat dgn mesin….alhamdulillah.kita lbh memilih sbg prdk HOME MADE, dijamin
KESUCIAN JUGA KUALITI…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sy dh mkn mab ni 3 botol..ikut peraturan spt yg
ditetapkn..tujuan mkn utk family planning..
tapi start last month..iaitu dh hampir 1 bln..sy tak teruskn
botol yg berikutnya..sbb baby sy naik ruam2..sbb dia still susu bdn..tapi dh
stop mab ni pun ruam2 still ada lg..adakah kesan dr mab ni..maybe cuaca kot yg
tlalu panas skrg..
>> berdasarkan pengalaman saya yang amik
MAB+menyusukan baby,tiada masalah apa2...cuma kekdng bayi terkena ruam merah
bukan disebabkan amalan pemakanan ibu makan maajun..byk sbbnya..maybe faktor
cuaca..ini juga berlaku pd anak saya yg selalu alami ruam2 bila tiba musim
panas...bukan sbb MAB 100% ye..
** banyakkan minum air masak.. insyaAllah ok
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
adakah sy boleh start bila2 je utk mkn mab semula..?sbb
period sy mmg tak menentu dh sejak ambil injections utk family planning dulu
sblm mkn mab ni..
>> Jika period tidak menentu..iye boleh amik MAB bila2
sahaja..dan pastikan lepas ni makan ikut aturan ye..walaupun ada simptom2
tertentu,semuanya hanya sementara sahaja...Insya Allah apabila sudah lama makan
akan dapat rasai kebaikkannya..so kalau boleh jgn stop tetiba2 ye...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kenapa perlu makan MAB sepanjang 21 hari tu? Kalau
makan sebelum atau masa nak bersama jer tak boleh ke? Malas la nak makan
hari2"
Ni dari pemahaman saya kenapa takleh skip mkn MAB ni selama
21 hari. Setiap dari kita , kitaran haid tak sama atau lebih kurang.. so
penting kena tau kitaran period setiap bulan..
Utk pengetahuan, waktu yg paling subur mengikut pembacaan
saya ialah 14 hari dari hari pertama next period, bukan dari period yg
sebelumnya tau..
Cth : kalau 28 hari kitaran haid kita (dari 1st period ke
next period = 28hari) maknanya hari yg plg subur ialah hari ke-14 (28-14 kalau
kitaran 32, jd waktu subur adalah 32-14= hari ke-18) jadi susahkan nk tentukn
bila waktu suburnya sbb nk kena tgu next period kekadang 31 kekadang 29 hari.
Jadi apa yg boleh buat ialah kita agak2 dlm range waktu
seminggu tu je..
Dan perlu paham juga yg kita akan keluarkan telur utk
disenyawakan pd waktu subur ini dan ia akan hidup selama 1 - 2 hari, manakala
sperma pulak akan hidup sehingga 5 hari...jadi kita tak dpt nk pastikan bile
sebenarnya telur itu akn betul2 disenyawakan..
Sebab itu ler kena mkn berterusan setiap hari pd waktu yg
sama.. disebabkn juga satu biji MAB tahan dlm bdn utk tempoh 24jam, jadi bila
time bersama je mkn dan esoknye tak mkn, besar kemungkinan katalah telur kita
keluar pd hari esoknya... benih sperma masih ada lagi yg masih hidup.. maka
akan berlaku la persenyawaan..
Sebaliknye kalau berterusan MAB diambil.. suhu panas dr MAB
insyaallah akan menjamin ketidakselesaan pd proses persenyawaan ini berlaku
walaupun selepas seminggu dari waktu subur tu.
Dia tak sama dgn pil2 yg mmg ada kena mkn setiap kali waktu
bersama tu..maybe pil tu dibuat khusus utk terus menyekat telur kite dr keluar
atau mematikan hormon kita disebabkan ianya ada bahan kimia. Manakala MAB kita
dibuat dari herba2 semulajadi tiada campuran kimia, dlm masa yg sama ianya
menyuburkan rahim dan hormon kita... jadi kalau tak mkn or skip seminggu
peluang nk hamil mmg tinggi. ni berdasarkan penglaman customer2 saya yg terskip
mkn selalunya sampai seminggu mmg akan lekat.. tapi kalu takat 2 hari tu lps tu
mkn balik insyaallah selamat lagi..
klu mkn MAB ni leh ke amik skali ngn supplement lain..cth emilay collagen..
ReplyDelete