Monday, January 28, 2013

Ubah manusia kenalah dgn cara yg baik..


 

Sebagai Ketua: Bagaimana Nabi Muhammad Mengubah Tingkah Laku Penagih Arak -sumber SINI

Dalam mana-mana organisasi, sentiasa ada pekerja yang bermasalah. Tugas mendorong pekerja supaya mengubah tingkah laku mereka yang buruk dan prestasi kerja mereka yang rendah adalah tanggungjawab ketua.

Pakar-pakar tingkah laku organisasi mengatakan pekerja tidak terdorong mengubah tingkah laku mereka disebabkan mereka mempunyai ketua yang baik peribadinya dan suka menasihati mereka supaya menjadi baik.

Banyak ketua-ketua yang peribadinya baik, tetapi mereka gagal mendorong perubahan tingkah laku pekerjanya kerana cakap dan nasihat ketua-ketua itu tidak diambil serius oleh orang-orang bawahan mereka.

Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat baik peribadinya, namun beliau dibenci oleh banyak orang, malah beliau cuba dibunuh dan diperangi.


Di satu sisi lain, Nabi Muhammad dapat mendorong orang-orang yang mempunyai tingkah laku buruk sehingga menjadi orang yang cemerlang disebabkan beliau dikasihi oleh orang-orang itu. Beliau dikasihi bukan kerana beliau seorang yang baik peribadinya. Beliau dikasihi akibat layanan baik yang beliau berikan kepada orang-orang yang buruk tingkah lakunya itu.

Hadith di bawah ini menunjukkan layanan baik yang Nabi Muhammad berikan kepada seorang penagih arak.


Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki yang bernama Abdullah, yang nama jolokannya adalah 'Himar' (keldai), seorang yang personalitinya selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman rotan kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak. Nabi pun merotan Abdullah. Melihat peristiwa itu, seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata kepada lelaki itu, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” -- Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.Ketua yang baik agamanya dan baik akhlaknya belum tentu dapat mendorong orang-orang bawahannya supaya menjadi pekerja berprestasi tinggi. Banyak ketua-ketua yang baik agama dan akhlaknya gagal meningkatkan prestasi orang-orang bawahan mereka. Banyak pula ketua-ketua bukan Islam yang berjaya mendorong orang bawahan mereka menjadi pekerja cemerlang.Ketua yang tidak solat, tidak puasa dan tidak membayar zakat pun boleh menjadi ketua yang dikasihi oleh orang-orang bawahannya yang pernah menerima layanan baik darinya.

Nabi Muhammad memberi layanan sangat baik kepada individu-individu yang beliau dorong supaya mengubah tingkah laku buruk mereka.

Daripada hadith di atas, dapat kita gali prinsip yang ditunjukkan oleh Nabi iaitu tidak cukup bagi seseorang ketua setakat menjadi orang yang baik. Kalau dia mahu mengubah tingkah laku buruk orang bawahannnya, dia perlu melayan orang bawahannya dengan cara yang sangat baik.


Nota: Dalam sesi training, peserta berlatih memilih jenis-jenis layanan strategik apabila mahu mendorong orang bawahan yang bermasalah supaya mengubah tingkah laku mereka.



Kalau dia mahumengubah tingkah laku buruk orang bawahannya, dia perlu melayan orang bawahannya dengan cara yang sangat baik

1000x Like





Sudah lah manusia... sekarang bukan untuk mencari siapa salah siapa yang betul.. 
sudah terang lagi bersuluh dua-dua salah.. bukan aku seorang dan bukan jugak dia seorang
sekarang mencari jalan penyelesaian adalah yg terbaik
sbb benda sudah terjadi.. bukan semakin mengeruhkan keadaaan
cam tue ke sebagai orang tua... ?


 






 Bukan dengan cara kekerasan jika mahu mengubah seseorang.. nak berubah haruslah berperingkat... dan dengan cara yang lemah lembut serta nasihat yang betul

Contoh : boleh ke tetibe suruh orang yang tak bertudung & pakai seksi & tak solat tue dalam mase sehari suruh bertudung litup pakai jubah & solat jgn ditinggalkan?

BOLEH?
melainkan dpt Hidayah dr Allah s.w.t tue In Sha Allah

Renung-renungkan lah ya... cakap jgn sebarang cakap.. aku tahu aku nie pun bukan lah bagus sgt dan bukan jugak baik sangat.. tapi aku still hormat orang tua... tapi kalau orang tua pun tak bleh nak tunjuk teladan yang baik cam mane eh?

INGAT

Hidup nie macam roda.. skang pun Allah bayar cash.. lau tak terjadi dkt diri sendiri pun.. akan ade ank cucu cicit 1 hari nati...
aku tak akan mendoakan yg buruk.. tapi aku sentiase doakan yg terbaik
agar diberi petunjuk dan hidayah...
In Sha Allah.. amin





"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..."

-Imam Al-Ghazali-

terang lagi jelas....  aku tahu semua ni tuju kt aku sbb fren list dia pun bape ketui je... sabar lah wahai hati... aku pun ade jugak post pasal suami... tp aku byk share dr FB lain... tentang agama.. agar dia berubah hati n lembut hati ke arah kebaikan.. tetapi sekeras-kerasnya dia ckp dia tue memg jahil... tak boleh lah cm tue.. sepatutnya ambil ikhtibar.. same2 perbaiki diri



ternyata ape yg telah dipost ditujukan kat aku n suami kan... aku mintak numb tepun msg kat FB tak bagi... tak reply.. tp pandai lak post perli memerli... manusia manusia...
cedih bila kaum sendiri tak boleh nk pham perasaan kaum sendiri.. aku tahu dia tue adik dia.. dan aku ni org luo kan... sure lah bela darah daging sendiri.. tp seolah-olah makin seronok pula cerai-berai nie...

"Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja."


15 comments :

  1. betul tu..nens kdg2 takut nk terbitkan isu sensitif ni..takut tersilap bahasa..tp kalo betul2 nk menegur biarlah berhemah kan..;)

    ReplyDelete
  2. Perubahan akan berlaku sekiranya diri sendiri mahu berubah. Orang sekeliling hanya boleh support.

    ReplyDelete
  3. akak setuju..
    hehe walaupun jenuh juga akak nak membacanya tapi..
    tapi akak suke !! hehe
    menegur tak salah, tapi biarlah ada cara.
    manusia kan selalu buat kesilapan..

    ReplyDelete
  4. Org hanya tau berkata tanpa menilai.. pedulikan mereka Ayu.. dah tak perlu melatah.. nak bagi nasihat pun biar berpada, bukan meng api2 kan.. erm.. tabahkan hati Ayu..suka tgk raisha pkai tudung tu..comell sgt..

    ReplyDelete
  5. as-salam..ayu, sabar ye.
    apa yg boleh dikata yg mana salah haruslah diperbaiki.
    jgn la mengapi2kan lagi..

    byk besabar.in shaa ALLAH.ALLAH ada bersama kita.mengadu pada-Nya

    ReplyDelete
  6. Betul..Menegur biarlah kena caranye...
    Teruskan bersabar & tabah Ayu...
    In Shaa Allah..pasti ada hikmahnye...

    ReplyDelete
  7. Entry Ayu ni seolah kisah diri kakzana. Akak ni menantu sulong, faham2 je la. Mcm2 hal terjadi, nak kongsi pun tak boleh. Bila satu kesalahan di pihak suami, dua kesalahan di pihak kita. Apa yg boleh akak buat? Bersabar, yg menegur tu kdgkala dia tidak berada dlm situasi yg kita alami, senanglah.

    ReplyDelete
  8. adakah ini masalah kekeluargaan?..agak konfius bila baca...
    pape pun harap² ayu sabar yer..
    setiap yang berlaku ada hikmahnya..
    setiap yg berlaku mengajar kite menjadi lebih matang
    setiap yg berlaku sebenarnya menyedarkan diri kite
    setiap yg berlaku adalah pengajaran untuk kite
    terpulang kepda kite ke arah mana hendak kite membawanya...
    adakah kepada yg lebih baik..atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  9. Comel adik pakai tudung:)

    Sungguh rasulullah itulah mentor pada kita sebenarnya. Betul utk sampai yg terbaik sebagaimana baginda memang tak terjangkau dek akal tetapi kita cuba menjadi yg terbaik dan termampu. Yg penting kita tidak melanggar syariat Islam

    ReplyDelete
  10. ehm.... dah lama akak tak kesini sebab duk entry yang sama.. sekali berderet entry.. moga dah kembali mencoretkan sesuatu di sini...
    apapun nasihat akak yang tak arifni... bersabar dan berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita menghadapinya....

    ReplyDelete
  11. kalu nak berubah, kena dari diri sendiri dulu yang buat, jangan harap orang lain akan berubah dulu tapi diri kita sendiri x betul... kan

    ReplyDelete
  12. setuju dik ..
    hurmm manusia nie pelbagai jenis sebenarnya ..

    ReplyDelete
  13. ish mcm saiko jek org tu .... remove dan blocked je laa die dari frenlist...buat semak otak kite jek...emosi kite pun terganggu...

    biar la die nak meroyan ape pun yg penting kite bahagia dgn kehidupan kite....take care dear....

    ReplyDelete
  14. Menung apa tu kakak.

    Sabar yer ayu. Abaikan jer org mcm nih. Smoga ada jalan penyelesaiaan.

    ReplyDelete

salam 1 Malaysia ! sila tinggalkan comment yg positif dan tidak menyinggung perasaan saya ! Maaf jika ada kalanya saya tak dapat nak reply tapi saya akan sedaya upaya berkunjung blog anda ! Hepi Blogwalking Fren !