Thursday, March 13, 2014

Tips Atasi Anak-Anak SEMBELIT



MASALAH SEMBELIT KANAK-KANAK

Pernah tak anak-anak anda mengalami masalah sembelit..??? Kadang-kadang sampai 2 ke 3 hari masih tidak membuang...atau mengalami maslah sembelit... Lebih membimbangkan ialah kanak-kanak terutama yang masih bayi atau baru berumur setahun tidak pandai mengadu untuk memberitahu ketidakselesaan yang dihadapi.

Macam orang dewasa juga, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. Bayi yang diberikan susu badan akan  buang air setiap kali selepas disusukan atau sekali dalam masa tujuh hingga 10 hari.

Namun biasanya bayi yang diberi susu badan buang air sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hingga tiga hari. Mengenai kekerasan najis, anda hanya perlu bimbang jika ia menyebabkan anak mengalami masalah untuk buang air.

Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak khususnya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman  buang air yang menyakitkan.

ANTARA TANDA-TANDA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH SEMBELIT

  • Sakit perut (datang dan pergi)
  • Kurang lapar berbanding biasa
  • Berkelakuan resah dan tidak selesa
  • Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
  • Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
  • Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya.


DALAM MASA JANGKA PANJANG MASALAH SEMBELIT AKAN MENYEBABKAN
Buang air dalam seluar. Hujung usus besar (rektum) anak anda dipenuhi najis dan ini menyebabkan ia mengembang. Anak anda mungkin tidak terasa mahu buang air kerana rektum ini sentiasa mengembang.
Dalam keadaan ini, najis boleh keluar sendiri tanpa disedari. Dalam istilah perubatan, sembelit disebut enkopresis atau inkontinen feses.

PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH SEMBELIT
1.Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
2 .Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.
3.  Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.
 4.Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
5. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.
6. Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
7. Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.

ANTARA RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Rawatan perlu diteruskan sehinggalah kanak-kanak boleh buang air besar seperti biasa. Antara rawatannya ialah:

  • Memupuk tabiat ke tandas – Kanak-kanak yang ada masalah sembelit perlu dibiasakan duduk di atas mangkuk tanda secara teratur. Ini termasuklah duduk di tandas selama tiga hingga lima minit selepas sarapan, makan tengah hari dan malam. Mereka perlu duduk di atas mangkuk tandas walaupun tiada rasa mahu buang air atau mereka sudah buang air sebelum makan. Untuk menggalakkan tabiat ini, ibu bapa boleh memberi pelekat atau bintang sebagai penghargaan.
  • Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air.
  • Buang pengalaman menyakitkan. Ini boleh dibantu dengan menggunakan ubat pelawas (makan) untuk melembutkan najis selama beberapa minggu. Ia akan memudahkan perjalanan najis dan memberi masa kepada luka untuk sembuh.
  • Ramai kanak-kanak takut terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Untuk mengatasinya anda boleh meletakkan bangku kecil dan rendah di atas kakinya.
  • Selain ini galakkan anak untuk makan lebih sumber serat terutama bagi yang ada kecenderungan mengalami sembelit. Berikan anak sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti plum, prun, kismis, aprikot dan pic (tidak perlu dikupas kulit).
  • Jika boleh, pujuk anak makan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari. Bagaimanapun ia bukan mudah jadi gantikan dengan bijirin seperti bran, gandum hancur atau oat. Elak bijirin yang diproses seperti emping jagung kerana ia kurang atau tiada serat.
  • Beli roti mil penuh dan bukan roti putih. Hadkan pengambilan susu lembu kepada 500 milimeter sehari dan elakkan minuman manis sebelum makan untuk merangsang dan memperbaiki selera anak.
  • Jika anda syak bayi (kurang 12 bulan) mengalami sembelit, bawa berjumpa doktor. Anda mungkin perlu menukar susu formula kerana ada yang tidak seusai untuk anak anda.
  • Bagi bayi berumur enam bulan ke atas, masukkan lebih buah dan sayur dalam diet mereka. Anda boleh beri prun atau aprikot yang direnih dan ditapis (tiga sudu makan setiap minggu) atau jus prun yang dicairkan.
  • Kadang-kadang kanak-kanak nie bukan suka  sangat nak makan buah-buahan, tambahan pulak kalu nak suruh makan sayur-sayuran.....memang susah sangat....Nak minum air kosong pun susah...Mungkin dengan pengambilan supplement yang sesuai untuk anak-anak kita, dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit ini...

Nak tahu tak supplement apa yang paling sesuai untuk mengatasi masalah sembelit nie...?????

MEALSHAKE  dari Shaklee...mengandungi nutrin-nutrin penting yang sangat berkhasiat untuk Pekembangan Kesihatan meraka..




Berminat? Perlukan konsultasi mengenai supplemen yang sesuai untuk anda?

Hubungi saya !




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 







No comments :

Post a Comment

salam 1 Malaysia ! sila tinggalkan comment yg positif dan tidak menyinggung perasaan saya ! Maaf jika ada kalanya saya tak dapat nak reply tapi saya akan sedaya upaya berkunjung blog anda ! Hepi Blogwalking Fren !