Friday, March 14, 2014

Tips Atasi Bayi KEMBUNG PERUT



Antara masalah lain yang sering di alami oleh bayi ialah KEMBUNG PERUT...

Bagi saya antara punca baby kembung ni ialah seperti di bawah:-
1. Kurang sendawa untuk mengeluarkan angin
2. Kurang hadam disebabkan usus masih belum matang untuk mencerna makanan.
3. Allergi dengan protein susu lembu
4. Alergi laktosa

Cara nak elakkan kembung yang saya tau ialah :-
1. Pastikan baby “burp” selepas minum susu atau makan cereal
2. Cuba cairkan sikit cereal. Jangan terlalu pekat dan kenyal.
3. Pastikan waktu makan yg betul. Ditakuti  baby makan lambat dah masuk angin dulu.


Cara nak atasi kembung :-
Jika bayi menangis, mungkin bayi tersebut kembung. Periksa perutnya dan jika ia kembung, layurkan beberapa helai daun sirih di atas api. Kemudian letakkan daun sirih di atas perut bayi. Insya-Allah, masalah kembung dapat diatasi.

Atau

Sapukan minyak telon atau minyak Yu Yi Cap Limau..

No comments :

Post a Comment

salam 1 Malaysia ! sila tinggalkan comment yg positif dan tidak menyinggung perasaan saya ! Maaf jika ada kalanya saya tak dapat nak reply tapi saya akan sedaya upaya berkunjung blog anda ! Hepi Blogwalking Fren !